Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua AYAM KICAP CHINESE STYLE hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Qistina Chang. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu.
Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.
Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-

AYAM KICAP CHINESE STYLE

Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang halus

Masukkan halia (hiris bulat-bulat dan nipis)

Masukkan kicap cair, kicap pekat dan sedikit air

kemudian alihkan bahan tumis tadi ke dalam periuk yang lebih besar.
biarkan sehingga mendidih.

Masukkan 2 ketul paha ayam, daun sup dan daun bawang

Renehkan selama 20 minit (tutup periuk)

Balik-balikkan ayam supaya masak rata dan agar warnanya sekata

Biarkan masak cantik macam ni. kemudian biarkan ayam sejuk.

Ambil ayam dan potong macam dalam gambar ni.

ambil 3 sudu tepung jagung, bancuh dengan sedikit air

Masukkan tepung jagung kedalam lebihan kuah rebusan ayam tadi.
masak sehingga kuah menjadi pekat.

Tuang kuah yang telah pekat tadi ke atas potongan ayam.

Tabur juga halia yang terdapat didalam kuah rebusan tadi ke atas ayam.
Sudah siap!
Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Qistina Chang
"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin
Untuk berhubung dengan admin/penulis sila email ke :
masakmasak888@gmail.com
No comments:
Post a Comment