Wednesday 24 February 2016

BLOG MAHN - INTRO



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pertama sekali penulis ingin menerangkan, fungsi blog ini dibuat adalah untuk mengumpul segala KOLEKSI RESEPI yang di share oleh pelbagai fans dan likers GROUP : Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang mempunyai ramai pengikut di Facebook.

Blog ini akan memaparkan pelbagai koleksi resepi yang di upload oleh pengikut-pengikut MAHN sebagai inisiatif bagi memudahkan lagi peminat MAHN untuk mendapatkan resepi-resepi yang telah dishare di dalam pages tersebut.

Peminat resepi dalam group MAHN boleh search dan view resepi yang di inginkan pada bila-bila masa. anda juga boleh email kepada penulis sekiranya berminat untuk memuatkan resepi anda di dalam blog ini untuk perkongsian bersama.




Untuk makluman semua, segala resepi yang dipaparkan merupakan koleksi resepi didalam pages MAHN, yang diambil secara rawak dan yang menarik. sekiranya, setiap resepi atau setiap gambar yang diblogkan disini, anda adalah pemiliknya, sila email kepada saya untuk diberikan kredit (email ke : masakmasak888@gmail.com).

Saya sebagai penulis blog ini, ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada semuaaaaaa yang sudi meng-share resepi masakan kalian di MAHN. sesungguhnya "sharing is caring" semoga perkongsian yang dibuat akan menjadi amalan kebaikan yang diberi ganjaran pahala yang berpanjangan untuk kalian semua. 

Setiap kali kita berkongsi sesuatu (yang baik), dan selagi apa yang dikongsi itu dibuat, diamal dan diikuti oleh orang lain, inshaAllah, ALLAH Taala akan memberi ganjaran pahala yang berterusan untuk kita. mana lah tahu, jika "AMALAN SUKA SHARING" yang dilakukan inilah, yang akan membantu kita di "HARI ESOKKKKK"!! ye dakkk...??


Selamat berkongsi resepi buat semua...!!



Untuk berhubung dengan admin/penulis sila email ke :
masakmasak888@gmail.com


No comments:

Post a Comment