Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua RESEPI LAKSA JOHOR hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Nur Kasih Fiezaimi Fiza. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu.
Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.
Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-
Rebus spaghetti...
didihkan air dan masukkan garam dan minyak sikit..
Pastu rebus ikan selayang dan asingkan isi dan tulang,
kemudian blender.
(untuk step ini, tiada gambar yang dilampirkan oleh pemilik resepi)
Bahan kisar : bawang besar, halia, lengkuas dan serai
Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blender tadi dan tumis sehingga naik bau
Dah naik bau, masukkan rempah kari (campur dengan air - jadikan pes)
masak selama 5 minit
Lepas 5 minit masukkan cili kering blend dan tumis sampai pecah minyak
Dah pecah minyak transferkan bahan tumis ke dalam periuk bersama isi ikan.
Kemudian masukkan santan dan 2 cawan air
tunggu sampai mendidih
Masukkan udang kering (tumbuk/kisar) dan kerisik serta garam
Masukkan daun kesum
Dah siap Kuah Laksa Johor
Bahan-bahan sampingan :
bawang, kacang panjang, timun, taugeh, limau kasturi dan sambal belacan.
SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA
Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Nur Kasih Fiezaimi Fiza
"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin
Untuk berhubung dengan admin/penulis sila email ke :
masakmasak888@gmail.com
No comments:
Post a Comment