Thursday 25 February 2016

LAKSA JOHOR (BLOG MAHN)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua RESEPI LAKSA JOHOR hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Nur Kasih Fiezaimi Fiza. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-


BLOG MAHN


Rebus spaghetti... 
didihkan air dan masukkan garam dan minyak sikit..

Pastu rebus ikan selayang dan asingkan isi dan tulang, 
kemudian blender.
(untuk step ini, tiada gambar yang dilampirkan oleh pemilik resepi)




Bahan kisar : bawang besar, halia, lengkuas dan serai




Panaskan minyak kemudian masukkan bahan blender tadi dan tumis sehingga naik bau




Dah naik bau, masukkan rempah kari (campur dengan air - jadikan pes)
masak selama 5 minit




Lepas 5 minit masukkan cili kering blend dan tumis sampai pecah minyak




Dah pecah minyak transferkan bahan tumis ke dalam periuk bersama isi ikan. 




Kemudian masukkan santan dan 2 cawan air
tunggu sampai mendidih




Masukkan udang kering (tumbuk/kisar) dan kerisik serta garam




Masukkan daun kesum




Dah siap Kuah Laksa Johor




Bahan-bahan sampingan : 
bawang, kacang panjang, timun, taugeh, limau kasturi dan sambal belacan. 


BLOG MAHN


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Nur Kasih Fiezaimi Fiza


"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin


Untuk berhubung dengan admin/penulis sila email ke :
masakmasak888@gmail.com

No comments:

Post a Comment