Thursday 25 February 2016

AISKRIM CHOKI-CHOKI (MAHN)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT AISKRIM CHOKI-CHOKI hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Aien Mior. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-


AISKRIM CHOKI-CHOKI


AISKRIM CHOKI-CHOKI
Menggoda nafsu perut dan mulut... hehe...




Bahan-Bahan :

1. Air yang ditapis 2 liter
2. Susu krimer sejat 1 tin
3. Susus pekat manis 5 sudu besar
4. Gula 3/4 cawan
5. Tepung jagung 2 sudu kecil
6. 1 sudu kecil esen vanilla
7. Choki-Choki 12 tiub (tiada dalam gambar)
8. plastik aiskrim malaysia (tiada dalam gambar)




Campurkan kesemua bahan-bahan yang disenaraikan diatas,
kecuali choki-choki dan esen vanilla (biarkan dahulu)




Masukkan air tapis yang telah dimasak kedalam bancuhan




Masak bancuhan dengan menggunakan api perlahan.
Kacau seketika dan biarkan sehingga mendidih. 




Bila dah berbuih manja halus macam ni tutup api




Tapiskan bancuhan ke dalam jag




Kemudian masukkan 1 sudu esen vanilla dan kacau sebati




Potong choki-choki menjadi 2 bahagian




Masukkan choki-choki yang dipotong ke dalam plastik aiskrim.
sila rujuk gambar diatas yer.




Ambil gunting dan tekan perlahan-lahan. 
jangan ganas sangat, takut plastik bocor pula nanti.
sekatakan choki-choki sehingga ke paras yang hendak diisi bancuhan sahaja.




Masukkan bancuhan kedalam plastik. 

Perhatian : jangan masukkan bancuhan yang masih panas kedalam plastik yang diisi choki-choki kalau taknak aiskrim vanilla choki-choki anda bertukar menjadi aiskrim coklat! masukkan ketika bancuhan telah suam yer. 




Picit dengan jari-jari comel anda pada bahagian luar plastik dari atas ke bawah untuk menghasilkan corak batik pada aiskrim choki-choki ini. kemudian simpul dengan kemas! bekukan didalam peti ais selama 4-6 jam.


AISKRIM CHOKI-CHOKI


1 bancuhan ini boleh dapat dalam 24 batang aiskrim. 




SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Aien Mior


"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin


Untuk berhubung dengan admin/penulis sila email ke :
masakmasak888@gmail.com

No comments:

Post a Comment