Saturday 27 February 2016

RESOLLE CHEESE LELEH (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT RESOLLE CHEESE LELEH hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Nana Ruzanna. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-

Resolle Cheese Leleh


RESOLLE CHEESE LELEH


Resolle Cheese Leleh


Bahan-bahan untuk inti :

- 500 gm daging / ayam cincang 
- 3 biji kentang (dipotong dadu)
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 batang lobak merah (dipotong dadu)
- Daun sup / daun bawang (dihiris halus)
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 10 biji cili padi (optional)
- 3 sudu kecil serbuk lada hitam
- garam secukup rasa
- sedikit air rebusan ayam / air biasa
- minyak untuk menumis
- 2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan sedikit air

NOTA : sebenarnya boleh letak inti apa pun. ikut selera masing2 ye.






Cara penyediaan :

1. Untuk cepatkan proses masak inti, rebus lobak merah dan kentang hingga empuk dan toskan air. Daging cincang pula digoreng dengan sedikit minyak. ketepikan.

2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. jangan garing sangat.

3. Masukkan kentang, lobak merah dan daging cincang. Tambah air rebusan ayam untuk elakkan inti dari kering.

4. Masukkan serbuk lada hitam dan garam. Gaul sebati. Kalau suka pedas, 
boleh tambah cili padi.

5. Reneh dalam 15 minit dengan api perlahan untuk semua rasa sebati.

6. Masukkan air tepung jagung, kacau rata

8. Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul rata. Angkat. Biarkan sejuk

Sementra kita tunggu inti kita sejuk, kita sedikan kulitnya pula





ni bahan utk kulit pulak. sama macam kita buat kuih ketayap tu. ehemmhemmm, jgn ade yg terpikir nak derhaka guna kulit popia instant tu ye. memang tak jadi ressole namanya😝 

Kulit risoles ni sama macam kulit kuih ketayap :

- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan santan / fresh milk
- 1 biji telur
- 1 1/2 cawan air
- 1 sk garam 

Cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan, masukkan dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian di tapis.
2. Oles minyak atas non stick pan, lenggang rata satu senduk adunan.
3. Bila permukaan adunan dah masak boleh terus angkat. Tak perlu terbalikkan masak both side.
4. Buat sampai adunan habis. Untuk 500gm daging, kite perlu gandakan bahan untuk kulit resole ni. 

Tips :
✔️ masukkan bahan berair dulu dalam blender sebelum tepung untuk elakkan tepung melekat pada blade blender.
✔️ Pastikan pan betul-betul panas untuk elakkan adunan melekat.




buat macam ni ye.





bahan2 yg akan tenang bersemadi dalam resolle tu nanti. 
saya letak mayonnaise utk rasa yg lebih lemak


Resolle Cheese Leleh


cara bungkus sama macam buat kuih ketayap. saya nasihatkan korang gulung sampai habis dulu baru celup telur & golek dalam bread crumbs. kalau buat satu2, tiap kali nak mula yang baru kena selalu basuh tangan, so melembapkan kerja korang nanti.





ressole ni boleh letak macam2 inti. sardin, ayam, sayur, chocolate semua boleh. so kalo korang buat inti berbeza boleh lipat cara ni untuk bezakan inti dalam dia. saya cuma bagi idea je. ikut cara masing2 ye.





dah buat sampai habis boleh goreng. sebaiknya guna pan yang leper. make sure minyak betul2 panas kalau tak dia akan serap minyak yang banyak. 

Api jangan kuat sangat sebab breadcrumbs ni cepat garing. 

Balik-balikkan agar rata masaknya.





kalau nak buat frozen, simpan dalam bekas kedap udara 
dan simpan dalam freezer.


Resolle Cheese Leleh


makan panas2 baru cheese dia macam main tarik tali cenggini. enjoy!!


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA



Resolle Cheese Leleh

Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Nana Ruzanna

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin

Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com


No comments:

Post a Comment