Thursday 25 February 2016

CARA MEMBUAT LAMB STEAK (MAHN)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT LAMB STEAK hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Azzu Liza. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-


CARA MEMBUAT LAMB STEAK


LAMB STEAK SEDAPPPPP...!!





Cuci daging kambing dengan bersih dan toskan airnya.

CARA MEMBUAT LAMB STEAK


Bahan perap :

1/2 sudu teh garam
1 sudu teh black pepper
1 1/² sudu teh mix herb
4 sudu besar sos perap sy guna heinz bbq souce
Minyak sedikit





Gaul sume bahan td...masuk dlm bekas bertutup..
biarkan beberapa jam didalam peti...






Cuci dan buang kulit ubi kentang. (potong dadu)





Rebus kentang dengan sedikit garam sehingga empuk





"Lenyekkan dgn butter.. pastikn kentang tu masih panas time korang buat ye.. kalau dh sejuk, susah sikit nak lenyek.. campurkan susu segar..lebih kan susu kalau nak lagi creamy.. pastu rasa la agak tak masin boleh la buh garam lagi.."Azzu Liza.





Lenyek hingga jadi macam ni.






Ni pulak bahan untuk buat Coleslaw. 
Sagat halus kesemua sayur ni. kalau takde sagat, hiris je nipis2.





Campurkan dengan mayonis dan susu. 





Gaul sebati hingga jadi macam ni.
Masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti.





Bahan-bahan untuk buat Sos Blackpepper :

1 biji bawang holand cincang halus
1 kiub ayam
1 ¹/² st black pepper
2 sb butter
3 sb rata tepung gandum
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
1 cawan susu cair
Cendawan 1 tin







Cara-cara buat Sos Blackpepper : 

Panaskn butter masukkan bawang.. tumis smpai naik bau..masukkan susu.. tepung.. kacau sampai tidak bergentel.. api perlahan je.. masukkn bhn2 lain.. kicap sos tiram serbuk black pepper.. kacau lagi sampi sebati.. last skali masukkan cendawan separuh..


Ok time ni matikan api.. masukkan bahan tadi dlm blender, kisar halus.. pastu masuk blik dlm kuali dan panaskan semula.. pastu masukkan cendawan yg separuh lg tu.. masak sampi pekat.. kalau terlalu pekat tambah la air... ikut la nak pekat camne dan rasa la.. kalau agak cerah kaler die bleh tambah kicap. kalau tak masin letak garam.. 


Harap maaf gambar sos yang dah siap masak, terlupa snap!


CARA MEMBUAT LAMB STEAK


"Bakar daging guna non stick pan.. api slow aje.. nak bakar dah tak perlu letak minyak sebab tadi dah perap dengan minyak... masak 1 bahagian 10 minit.. pastu balik-balikkan"






Okay sudah siap dibakar.
Curah sos blackpepper di atas lamb yang siap dibakar tadi.
Sedap dimakan dengan brokoli yang dicelur, kentang lenyek dan coleslaw!


CARA MEMBUAT LAMB STEAK

SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Azzu Liza

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin


Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com



No comments:

Post a Comment