Sunday 28 February 2016

ROTI COKLAT ROLL (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua ROTI COKLAT ROLL hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Munirah Mansor. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-




Rangup diluar..lembut didalam..tambah plak ada coklat cair bila nak makan.. 
dari anak2 sampai ke ibu ayah pun suka makan..

Bahan A:
1 peket yis mauripan
2 sb susu pekat
2 sb gula
1 cawan air suam
Campurkan semua bahan diatas..tunggu sehingga kembang.

Bahan B:
4cawan tepung gandum
2 sb marjerin
2 sk baking powder
1sk garam
Gaulkan bahan diatas jadi seperti serbuk roti.

Campurkan bahan A dan B dan rehatkan 45min.. lepas 45min tumbuk doh untuk keluarkan angin..then boleh canaikan seperti gambar dibawah ..
Selamat mencuba..
# sesiapa yang tak sempat buat boleh la beli dengan saya dipage :



1.Canai doh jangan terlalu nipis.. nanti bila doh kembang semula bahagian 
bawah akan carik dan chocolate keluar.

2.Guna coklat filling @ spread..dkt kedai kek ada jual.



Bila doh dah kembang..then boleh goreng



Goreng sekejap je untuk buat frozen




roti coklat roll selepas digoreng



Coklat cair pas goreng..awas...panas coklat tu 


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Munirah Mansor

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin

Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com

No comments:

Post a Comment