Thursday 25 February 2016

CARA MEMBUAT CHAPATI (MAHN)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT CHAPATI hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Kalaivani Vj. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-


CARA MEMBUAT CHAPATI


"Sediakan tepung atta, nak berapa banyak ikut family masing-masing ye. tambahkan sedikit garam. Kalai pakai tepung atta brand pillsburry memang smooth je tepung ni... origin dari India. kalau nak pakai tepung brand lain pun boleh..." - Kalai.





"Uli tepung dengan air suam-suam kuku/air dari peti sejuk. Kalai pakai air suam kuku. jangan tuang air sekali semua ye, tuang sikit-sikit dan uli sampai doh tak melekat di tangan..." - Kalai.


CARA MEMBUAT CHAPATI


Rehatkan doh setengah jam. nak lebih pun boleh.
lepas tu tutup dengan kain lembab.





"Lepas setengah jam masukkan minyak/minyak sapi/marjerin (salah satu) dalam satu sudu. nak tambah dua sudu pun boleh, ikut kuantiti tepung masing-masing. letak minyak sapi lagi sedap dan harum. tapi Kalai suka buh minyak sebab low kolestrol.." - Kalai.





Uli doh sekali lagi sampai sebati dan rehatkan doh dalam 20 minit.
lagi lama lagi smooth, pastu tutup dengan kain.





Kemudian bulat-bulatkan doh saiz medium. Kalai dapat buat 7 doh.





Salutkan doh dengan sedikit tepung atta





"Canaikan doh. jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal. sederhana sahaja. kalau nipis nanti chapati tak kembung, jika tak kembung, kejap je chapati akan jadi keras.." - Kalai.





"Panaskan pan. api kena besar ye. bila pan dah betul2 panas baru letakkan doh. jangan terbalikkan awal sangat, tunggu dalam 20 saat. nampal air bubble kan, baru terbalikkan..." - Kalai.





"Lepas terbalikkan, tekan sikit chapati dengan sudip... dia kembung sikit dan terbalikkan lagi dan tekan lagi, mesti dia akan "naik" cantik.." - Kalai.


CARA MEMBUAT CHAPATI


Kalau dah kembung macam ni, maknanya berjayalah tu!





Boleh sapu marjerin/minyak sapi/minyak masak atas chapati
untuk nampak lebih cantik dan tak kering. SIAP!!!


CARA MEMBUAT CHAPATI


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Kalaivani Vj

"Semoga Tuhan Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"


Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com


No comments:

Post a Comment