Thursday 25 February 2016

BEEF GINGER KUEY TEOW (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua BEEF GINGER KUEY TEOW (CHINESE STYLE) hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Aisha Shukor. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-




BEEF GINGER KUEY TEOW (CHINESE STYLE)





Bahan-bahan :

sepeket kueyteow
kicap pekat
minyak bijan
daging batang pinang (mintak yg kiub, senang nk potong)
halia muda dua buku dihiris nipis dn lebar

bahan utk blend : bawang besar n bwg putih
sos tiram
tepung jagung
secekak daun bawang
satu tin straw mushroom






Caranya :

Panaskan kuali.. tak perlu letak minyak sbb kueyteow dh berminyak..
masukkan kueyteow yg dh dilerai.. masuk dua sudu kicap pekat 
(agak2 lah ye nk dptkan warna yg uolls suke) dan 3 kali renjis minyak bijan..





Kuey teow yang dah siap digoreng, alihkan ke dalam mangkuk





potong daging nipis-nipis macma ni





gaul daging dengan 1 sudu tepung jagung





Goreng daging sekitar 5 minit.





Masukkan hirisan halia muda. kacau-kacau sekejap.





masukkan bawang putihd an bawang besar yang telah di blend tadi.





masukkan 2 sudu sos tiram, 1 sudu kicap pekat, 
dan minyak bijan (3 kali renjis cukup la), pastu renehkan sekejap.





masukkan 2 cawan air dan biarkan sehingga mendidih





masukkan cendawan dan daun bawang





masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air 
(1-2 sudu tepung jagung), renehkan sekejap.





pecahkan 2 biji telor ke dalam kuali, 
(tuang telor tersebut dengan cara yang tinggi sedikit dari kuali)
biarkan beberapa saat, dan barulah kacau perlahan-lahan dan tutup api.





Curah kuah tadi ke atas kuey teow yang telah diletakkan didalam pinggan.
Siap untuk dimakan!





Makan dengan cili jeruk atau cili potong, meletopssss!!!




SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Aisha Shukor

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin


Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com

No comments:

Post a Comment