Sunday 28 February 2016

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua IKAN MASAK PEDAS ALA THAI hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Medina Kitchen. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI



B.putih
B.Holland(besar) 
Daun limau purut
Serai
Cili api




Dah siap potong. Dan ada bahan lain jgk. sos cili, sos tiram cili boh.



Panaskan kuali. Letak satu senduk minyak. 
Masukkan bwg putih dan bwg holland. Kacau seketika

P/S: uolls boleh guna kuali, hari ni saya guna periuk , 

sebab kuali dah guna untuk goreng ikan. Hahaha



Masukan 3 bahan yang lain. Kacau seketika



Masukan 5 sudu cili boh, atau cili kering yang di blender

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI

Sos tiram, lebih kurang 2 sudu besar



Sos cili 2 sudu besar



Masukkan garam satu sudu kecil. dua sudu kecil gula . perah sedikit air limau , dan tambah semangkuk kecil air. Kacau2. Tunggu sehingga masak

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI


Lastly tuang kuah panas-panas atas ikan siakap yang siap di goreng. 
Rasa dia masam2 manis. Sedap yumyum. 

P/S : boleh jgk guna ikan kembung, bawal ikan keli.

IKAN MASAK PEDAS ALA THAI


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA

Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Medina Kitchen

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin

Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com


No comments:

Post a Comment