Saturday 27 February 2016

CARA MEMBUAT KEK BATIK (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT KEK BATIK hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Mrs.Lily Epull Zikry. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-

CARA MEMBUAT KEK BATIK


Bahan-bahan :

1 buku buttercup
4 biji telur gred A/AA
Gula secawan
Biskut marie 500grm (1 paket stgh)
Milo 7 sudu besar
Serbuk koko 5 sudu besar
Susu cair 1 tin
Baking powder 1 sudu teh
Esen vanilla 1 sudu teh






pukul buttercup dan gula





pukul hingga gebu macam ni





masukkan telur dan pukul lagi





masukkan susu cair





masukkan serbuk koko dan milo. mix lagi hingga sebati,





masukkan baking powder





masukkan esen vanilla





masakkan adunan tadi dengan api perlahan sahaja
sehingga putih2 tu hilang





bila dah bertukar kaler hitam macam ni, baru lah masukkan biskut.
(sepaket setengah @ agak-agak jer)





kacau hingga sebati.





sampai jadi macam ni





masukkn dlm loyang saiz 8 inci.sebelum tu alas plastik dulu ye.





ratakan dan tekan2 dengan tgn smpai sekata 1 loyang.
pastu simpan dalam peti dalam 4-6 jam.





saya potong kecik2 kalau untuk dijual.. 1 loyang dpt 6 box ni.
cheddar cheese tu sekadar hiasan. optional ok tak nak letak pon boleh.




SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


CARA MEMBUAT KEK BATIK


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Mrs.Lily Epull Zikry

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin

Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com

No comments:

Post a Comment