Sunday 28 February 2016

PUDING ROTI KARAMEL COKLAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT PUDING ROTI KARAMEL COKLAT hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Ana Mariana Ismail. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-



PUDING ROTI KARAMEL COKLAT

PUDING ROTI KARAMEL COKLAT

BAHAN-BAHAN :

5 keping roti, susu cair 1tin, 
susu pekat 3/4 tin(klau x suka manis blh kurangkan) 
air suam 1tin (sukat guna tin susu) 
telur Gred B 4bji, esen vanilla, serbuk koko & gula pasir



masakkan 3sudu besar gula sampai bertukar kaler perang 
pastu masukkan sedikit air. hati-hati air gula akan meruap skit & akan jadi 
berketul tapi jangan risau kacau je terus sampai cair pastu tutup api.



Ok pastu tuang dalam loyang ketepikan dulu ok.



Carik2 kan roti ngn susu cair,susu pekat & air suam blend sampai sebati..



Pastu pukul telur sampai hancur pastu tapis masukkan dlm blender



Masukkan sedikit esen vanilla dan blend lagi



Pastu masukkan setengah adunan tadi dalam loyang yang ada gula karamel tadi.
Periuk kukus dipanaskan dulu ye. Kukus adunan biasa dlm 20-25mnt.



Balance adunan td kita masukkan 2 sudu besar serbuk koko, pastu blend.
Saya masukkan sedikit gula sebab serbuk koko ni pahit sikit.



Nampak tak adunan pertama kita dah masak



Ok pastu masukkan pulak adunan kedua (coklat).
Kena tuang slowly jer tau takut nanti bercampur ngn adunan putih tu 
kang jadi puding karamel marble plak.. tak jadi layer dah.Hihihi



Pastu sambung kukus lagi dalam 25 minit @ sampai puding masak.



bila dah masak angkat letak kat luar kejap bg sejuk pastu baru terbalikkan.
pastu masukkan dlm peti ais yer. Abaikan rupa yg tak berapa lawa tu.. 
yang tu bahagian bawah bila terbalikkan tak nampak dah

PUDING ROTI KARAMEL COKLAT

Tarrraa ni la rupa puding karamel coklat kita yangg dah siap keluar dari peti ais.
tunggu msa nk ngap jer ni. hihi.

SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA

PUDING ROTI KARAMEL COKLAT

Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Ana Mariana Ismail

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin

Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com


No comments:

Post a Comment