Thursday 25 February 2016

CARA MEMBUAT JAPANESE COTTON CHEESE (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT JAPANESE COTTON CHEESE CAKE hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Earney Atyesha. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-


JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


JAPANESE COTTON CHEESE (MAHN)


JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


Bahan-bahan:

3 biji telur (asingkan kuning dan putih)
120gm coklat putih
120gm cream cheese 
(Kalau takde cream cheese boleh guna kan 6 cheese keping tu) 






STEP 1:

Cair kan coklat putih menggunakan teknik "double boiler" sehingga cair. Kemudian angkat mangkuk yang berisi air panas tadi bersama adunan coklat putih yang telah cair daripada api.
 




STEP 2:

Cair kan cream cheese. Pastikan cream cheese telah lembut dalam suhu bilik. Bukan baru keluar dari peti sejuk tu. Kalau guna keping keping tu, guna kaedah double boiler tadi untuk cairkan.






Perhatian: "Kaedah diatas ini hanya untuk sesiapa yang guna cream cheese shj, iaitu mangkuk di atas air panas. Kalau cheese keping jangan gomar memandai mandai buat camni. Kang berketul ketul. Dah cair sebati. Alihkan dari mangkuk air panas tu. " - Earney Atyesha.

KALAU GUNA CREAM CHEESE LEPAS CAIR KAN COKLAT PUTIH TADI ATAS API DAPUR, MATI KAN API. ANGKAT MANGKUK ISI AIR PANAS TADI BAWAK LAH KE MEJA LEPAS TU, DALAM MANGKUK YANG SAMA GAUL CREAM CHEESE DENGAN COKLAT PUTIH TADI. MASIH LAGI KEDUDUKAN ATAS MANGKUK YANG BERISI AIR PANAS.

***kalau cheese keping, cair kan cheese dalam mangkuk yang sama cairkan coklat putih tadi kaedah double boiler. Yea, suhu kecik. Double boiler memang suhu kecik. Pastu dah cair sekata sebati. Angkat mangkuk adunan, takyah dah angkat mangkuk isi air tadi.






STEP 3:

Telur yang telah di asing kan tadi kuning dan putih nya. Maka putih nya pukul sehingga kembang kental. Terbalik kan mangkuk, putih telur tu kental sado tak jatuh.






STEP 4:

Lepas dah buat meringue tadi, adunan cheese dgn coklat putih dah suam, 

maka gaul sebati kuning telur.





STEP 5:

Gaul putih telur ke dalam adunan tadi dalam 3 bahagian. 

Gaul kaup. Lemah lembut yea.





STEP 6:

Adunan ini untuk loyang kecik. Saya guna 16cm. Alas dengan baking paper sebijik macam dalam gambar. Guna minyak jagung untuk lekat kan kat dinding loyang.
Saya tibai je periuk kecik, takde loyang kecik. Hehehehe.



*JANGAN LUPA PANAS KAN OVEN 20 minit awal
dgn suhu 170C & API ATAS BAWAH.


STEP 7:

Terlupa tangkap gambar* Maap yea.
Time bakar tu kena guna kaedah water bath. 

Guna air panas. Bekas tu rendam dalam air panas. Pastu bakar. 
Letak kat bawah sekali posisi dia.

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE


BAKAR 160C 15 minit pertama. 

Kemudian BAKAR 150C 20 minit kedua
Tutup api, BIARKAN dalam oven untuk 15 minit seterus nya. Keluarkan. 

Sejuk kan pada suhu bilik, nak makan suam suam pon sodap. 
Nak makan time sejuk pon sodap.


JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Earney Atyesha


"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin


Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com

No comments:

Post a Comment