Thursday 25 February 2016

IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT IKAN MASAK TAUCU hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Noorastella Muhamma. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-


IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU


RESEPI IKAN MASAK TAUCU





Goreng ikan kembung dengan garam kunyit (nak guna ikan lain pun boleh).





Tumiskan :

1 biji bwg besar. 
5 biji bwg merah. 
5 ulas bwg putih. 
1 inci halia di cincang halus memanjang.






Kemudian, masukkan 2 sudu taucu manis.





Masukkan sedikit air asam jawa





Masukkan semangkuk air





Masukkan 1 sudu sos tiram. masak hingga sebati.





Lepas tu, hiris bahan-bahan ini :
cili merah, daun bawang, daun sup, dan carrot






Masukkan hirisan carrot dahulu (sebab carrot lambat lembut)





Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.


IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU


Masukkan bahan yang telah dihirs tadi.





Renehkan sebentar sehingga kuah menjadi sedikit pekat.


IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU


Curahkan kuah taucu tadi keatas ikan goreng dan boleh
taburkan daun bawang dan bawang goreng.


IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU



SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Noorastella Muhamma

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin


Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com

No comments:

Post a Comment