Thursday 25 February 2016

KEK COKLAT LAPIS KARAMEL (MAHN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hari ini, BLOG MAHN akan berkongsi dengan anda semua CARA MEMBUAT KEK COKLAT LAPIS KARAMEL hasil perkongsian AHLI GROUP MASAK APA HARI NI (MAHN) iaitu Azlina Ina. Sama-sama lah kita semua tengok dan belajar dari dia ye. step by step dia tunjukkan tu. 

Sekiranya ada soalan yang hendak ditanyakan, anda boleh PM terus kepada beliau untuk lebih cepat respond. inshaALLAH ahli-ahli Group MAHN semuanya peramah dan baik-baik belaka. hihi.

Okay jom kita terus lihat resepi dari beliau :-


KEK COKLAT LAPIS KARAMEL


KEK COKLAT LAPIS KARAMEL





Masukkan 8 sudu gula kedalam kuali.
Cairkan kesemuanya, dengan api yang perlahan sahaja. 





cairkan sehingga jadi macam ni.
jangan terlampau lama, nanti hangus dan menjadi pahit.





Tuang ke dalam loyang.
nota : nak cairkan terus diatas loyang pun boleh jer. tak perlu salin bekas.





Bahan-bahan :
 
2 keping roti putih (carik @ koyak)
3 bijik telur gred B
1/2 cawan gula halus
3 - 4 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair
Sedikit esen vanila


nota : kalau suka manis, sila lebihkan gula dan susu yer.





Blender kesemua bahan-bahan tadi sehingga hancur semuanya.





Basahkan loyang dgn tisu yg dah dibasahkan.. pastu tapis bahan yang diblender 
ke dalam loyang yg ade karamel (yang dah beku) tadi.

nota : tujuan basah kan loyang supaya puding tak melekat @ koyak selepas masak.

Kemudian kukus selama 30 minit.





Setelah siap kukus, gariskan permukaan puding tersebut dengan pisau atau garfu, 
tujuannya adalah supaya kek dan puding tak terpisah bila dah siap nanti.


KEK COKLAT LAPIS KARAMEL


Ini bahan-bahan untuk membuat kek coklat pulak :

5 bijik telur
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1b ovalate kalau nak letak,xnak xpe (optional)
1 cawan minyak
1/4 cawan susu cair
1/2 cawan air panas yg ni lupe snap hehe
Sedikit garam halus





s
pertama sekali, kena ayak tepung gandum, serbuk koko, 
baking powder, soda bikarbonat dan garam halus ke dalam 1 bekas besar.





Kemudian,
Pukul gula, telur dan ovalette (optional) dengan mixer.





Mixer sehingga bahan tadi jadi kental macam ni.





Buh susu pekat dan pukul lagi hingga sebati





Masukkan minyak dan pukul lagi,





Slowkan mixer dan masukkan bahan yang telah diayak tadi sikit demi sedikit.
(gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam)





Pukul sebati hingga jadi macam ni.





Buh susu cair dan kacau-kacau sekejap guna senduk/spatula jer.





Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup dengan plastik nipis
untuk elak wap air masuk menitis ke dalam kek.


KEK COKLAT LAPIS KARAMEL



Kukus selama 50 minit atau 1 jam dengan api yang sederhana.







Bila dah siap kukus, buang plastik dan biarkan sejuk seketika.
Ambik pisau dan sisip2 tepi-tepi loyang untuk memudahkan kek renggang dari loyang.
Kemudian, lapik pinggan besar ke permukaan loyang,
dan terlangkupkan kek itu dengan perlahan.





Jadilah macam ni!!!






Ini gamabar penuh kek coklat lapis karamel ini.
Cantik dan menggoda selera!!


KEK COKLAT LAPIS KARAMEL


SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA


Resepi ini adalah hasil perkongsian
Ahli Group MAHN : Azlina Ina

"Semoga Allah Melimpahkan Rezeki Buat Pemilik Resepi Ini"
Amin Ya Rabbal Alamin


Untuk menghubungi admin/penulis sila email ke:
masakmasak888@gmail.com

No comments:

Post a Comment